SEOUL – Seorang pekerja maut dan seorang lagi cedera pada Isnin dalam letupan tangki simpanan minyak Korea Selatan, menurut agensi berita Yonhap.
Letupan berlaku kira-kira 11:15 pagi waktu tempatan (0215 GMT) di sebuah kilang di Ulsan, kira-kira 300 km tenggara ibu kota Seoul.
Seorang daripada dua pekerja berusia 30-an di tempat kejadian telah dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri untuk menjalani pembedahan, tetapi meninggal dunia kemudiannya.
Seorang lagi mengalami kecederaan serius yang tidak mengancam nyawa.
XINHUA