ISLAMABAD – Seorang askar Pakistan terbunuh dan enam lagi cedera dalam berbalas tembak antara pasukan keselamatan Afghanistan dan Pakistan di pos pemeriksaan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa barat laut Pakistan pada Sabtu, kata sumber.

Konfrontasi bermula kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan, melibatkan penggunaan senjata berat dan ringan di pos pemeriksaan di daerah Kurram Atas di sempadan Pakistan-Afghanistan, sumber memberitahu Xinhua dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Pihak berkuasa di Islamabad masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian itu.

XINHUA