ISTANBUL — Sepuluh orang maut dan 39 lagi cedera di selatan Turki pada Ahad apabila bas antara bandar bertembung dengan tiga kenderaan lain di lebuh raya utama, kata Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya.
Bas itu, dalam perjalanan ke Istanbul dari Diyarbakir, merempuh sebuah trak pengangkut dan dua kenderaan lain di daerah Tarsus berhampiran bandar Mediterranean Mersin, katanya di platform media sosial X.
Kerajaan berkata siasatan telah dilancarkan.
REUTERS