13 maut dalam letupan pelupusan peluru tentera Indonesia

JAKARTA, 12 Mei – Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh apabila tentera Indonesia memusnahkan peluru yang telah tamat tempoh di wilayah Jawa Barat pada Isnin, kata seorang pegawai tentera.

Kejadian berlaku pada 9.30 pagi waktu Jakarta di kampung Sagara, Kabupaten Garut. Mangsa termasuk empat tentera dan sembilan penduduk, kata Brigedier Jeneral Wahyu Yudhayana, jurucakap Tentera Indonesia.

“Empat anggota Tentera Indonesia dan sembilan anggota masyarakat terbunuh,” katanya pada sidang media.

“Letupan di dua lubang berjaya dilakukan. Bagaimanapun, ketika pasukan itu sedang menyediakan bahan peledak di lubang ketiga, satu letupan tidak dijangka berlaku menyebabkan empat anggota tentera dan sembilan penduduk maut,” jelasnya.

Yudhayana berkata pasukan tentera sebelum ini telah memeriksa semua peralatan dan mengesahkannya berada dalam keadaan selamat. Selain itu, tapak tersebut telah digunakan secara rutin untuk melupuskan peluru yang telah tamat tempoh.

Semua mangsa dibawa ke Hospital Besar Pameungpeuk, kata jurucakap itu.

Siasatan akan dijalankan untuk menentukan punca kejadian maut itu, tambah Yudhayana.

XINHUA

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear