TUMPAT — Dua beradik warga Pakistan cedera dilibas dengan parang dalam cubaan samun di Kampung Periok, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie, berkata kejadian berlaku jam 12.30 tengah malam ketika mangsa berusia 26 dan 33 tahun menjaga kedai runcit mereka, sebelum didatangi dua lelaki yang memakai penutup muka.

“Dua suspek bersenjatakan parang cuba menyamun kedai runcit itu dan kedua-dua mangsa melawan sebelum tangan mereka dilibas dengan parang.

“Seorang mangsa parah pada lengan lengan kiri, manakala seorang lagi cedera ringan dengan kedua-duanya menerima rawatan di Hospital Tumpat,” katanya melalui kenyataan.

Mohd Khairi berkata, semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek menggunakan kereta jenis Proton Saga BLM dengan nombor pendaftaran BKJ 897.

Usaha mengesan pemilik kenderaan sedang dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan (KK).

BH ONLINE

LATEST POSTS