MANILA – Pasukan penyelamat Filipina sedang mencari dua nelayan lelaki hilang selepas bot bermotor mereka karam di perairan wilayah Quezon, tenggara Manila, pada fajar Sabtu, kata polis pada Ahad.

Bot membawa enam nelayan lelaki itu terbalik dan akhirnya tenggelam selepas merempuh tiang konkrit jambatan sekitar jam 4:30 pagi waktu tempatan pada Sabtu di sekitar pekan Tagkawayan.

Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan empat lelaki. Bagaimanapun, dua lagi nelayan tidak berjaya dikesan.

XINHUA