KABUL, 13 Mei – Dua kanak-kanak hilang nyawa apabila bahan letupan yang tinggal dari peperangan lalu meledak di daerah Qadis di wilayah Badghis di barat Afghanistan lewat Isnin, lapor seorang pegawai polis tempatan pada Selasa.
Kanak-kanak itu menemui objek seperti mainan dan mula bermain dengannya, tetapi peranti itu meletup, membunuh kanak-kanak terbabit di tempat kejadian, kata jurucakap polis wilayah Sediqullah Sediqi.
Kira-kira 1,150 kilometer persegi wilayah di Afghanistan kekal tercemar dengan periuk api dan bahan letupan yang tidak meletup, Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara melaporkan pada April.
Afghanistan yang dilanda perang adalah salah satu negara paling banyak dicemari periuk api di dunia, dengan berpuluh-puluh orang, kebanyakannya kanak-kanak, terbunuh atau cacat setiap bulan akibat bahan letupan yang tinggal daripada peperangan dalam beberapa dekad lalu.
XINHUA