2 maut, 32 cedera apabila jambatan runtuh di Maharashtra, India

NEW DELHI, 15 Jun – Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 32 yang lain cedera, dengan beberapa yang lain hanyut, pada Ahad selepas sebuah jambatan runtuh di negeri Maharashtra, barat India, kata pegawai.

Jambatan di atas sungai Indrayani runtuh di Kundmala di daerah Pune, kira-kira 129 km tenggara Mumbai, ibu kota Maharashtra.

“Menurut maklumat awal, dua orang terbunuh dalam kejadian ini. Saya memberikan penghormatan kepada mereka. Kami berkongsi kesedihan keluarga mereka,” kata Ketua Menteri Maharashtra Devendra Fadnavis dalam satu kenyataan ringkas di media sosial.

XINHUA