YANGON — Dua orang maut dan sembilan lagi cedera selepas sebuah bas ekspres terbalik di Wilayah Sagaing barat Myanmar, kata seorang pegawai dari Pertubuhan Penyelamat Monywa kepada Xinhua pada Selasa.
Nahas berlaku kira-kira jam 8:30 pagi waktu tempatan pada Isnin di Perbandaran Ye-U akibat memandu laju, katanya.
Antara yang maut ialah seorang penumpang dan seorang konduktor bas, manakala sembilan lagi cedera, tambahnya.
Xinhua