SAN FRANCISCO — Tembakan menyebabkan dua orang maut dan beberapa lagi cedera pada malam Sabtu berhampiran ibu kota negeri Texas di Amerika Syarikat (AS), kata polis tempatan.
Tembakan berlaku sebelum jam 11 malam Sabtu (0400 GMT Ahad) semasa sambutan Juneteenth di Old Settlers Park di Round Rock, kira-kira 19 batu (30.4 km) di utara Austin.
Pertengkaran bermula antara dua kumpulan semasa konsert di acara itu dan mengakibatkan tembakan, kata Ketua Polis Round Rock Allen Banks semasa sidang akhbar di tempat kejadian.
Kedua-dua mangsa yang maut di tempat kejadian tidak terlibat dalam pertengkaran itu, kata Allen, sambil menambah bahawa ramai mangsa yang cedera dibawa ke hospital tempatan.
Siasatan sedang dijalankan. Polis tidak tahu berapa ramai penembak yang terlibat, dan tiada suspek lagi dalam tahanan, katanya.
XINHUA