RABAT — Sebuah pesawat latihan DA 42 Tentera Udara Diraja Maghribi terhempas pagi Khamis, mengorbankan dua pegawai, kata Angkatan Tentera Diraja Maghribi dalam satu kenyataan.

Kemalangan maut itu berlaku di pangkalan udara Benslimane, yang terletak 60 kilometer ke timur bandar terbesar di negara itu, Casablanca, mengorbankan seorang kolonel pengajar dan seorang pegawai pelatih, kata kenyataan itu.

Mangsa sedang dalam misi latihan dan kelayakan, katanya, sambil menyatakan jawatankuasa siasatan telah ditubuhkan bagi menentukan punca kemalangan itu.

DA 42 ialah pesawat ringan enjin berkembar yang digunakan terutama untuk latihan penerbangan, navigasi dan tujuan penerbangan am.

XINHUA