BAGHDAD, 30 Jun – Dua roket melanda kawasan pangkalan udara lewat Isnin di bandar Kirkuk, utara Iraq tanpa menyebabkan orang terbunuh atau cedera, lapor Agensi Berita Iraq.
Agensi itu memetik sumber keselamatan kanan berkata dua roket Katyusha ditembak ke pangkalan udara Kirkuk. Satu roket mendarat di antara landasan pertama dan kedua pangkalan udara, manakala satu lagi melanda sebuah rumah kediaman berdekatan.
XINHUA