COLOMBO — Tiga orang maut akibat keadaan cuaca buruk di Sri Lanka menjelang pagi Isnin, menurut kemas kini terbaharu Pusat Pengurusan Bencana (DMC) negara itu.

DMC berkata Sri Lanka mula mengalami hujan lebat pada 7 Oktober, dan setakat pagi Isnin, 134,484 orang daripada 34,492 keluarga telah kehilangan tempat tinggal akibat bencana dicetuskan oleh hujan di 12 daerah di seluruh negara.

Jabatan pengairan Sri Lanka telah memberi amaran mengenai banjir lebih lanjut dekat tujuh tempat di lima sungai utama.

Menurut jabatan meteorologi negara, hujan lebat melebihi 100 mm berkemungkinan berlaku di beberapa tempat di wilayah Barat, Sabaragamuwa, Barat Laut dan Utara serta di daerah Galle dan Matara.

XINHUA

LATEST POSTS