SYDNEY – Tiga remaja ditahan selepas seorang penunggang motosikal maut dalam nahas membabitkan kenderaan curi yang dikejar polis di utara Sydney.

Polis di negeri New South Wales (NSW) berkata pegawai memulakan pengejaran terhadap kenderaan itu, yang telah dilaporkan dicuri, pada kira-kira 7:15 pagi waktu tempatan pada Selasa dekat pekan kecil Gunnedah, lebih 300 km utara Sydney.

Ketika melakukan pengejaran, kenderaan itu berlanggar dengan sebuah motosikal menyebabkan penunggangnya parah.

Penunggang lelaki motosikal itu dirawat oleh paramedik Ambulans NSW namun gagal menyelamatkannya, dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tiga remaja di dalam kenderaan curi berusia 14 tahun itu ditahan dan dibawa ke balai polis berdekatan.

Polis NSW berkata siasatan insiden kritikal telah dimulakan dan ia juga akan tertakluk kepada semakan bebas.

XINHUA