GAZA — 30 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, dan berpuluh-puluh cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah sekolah yang menempatkan orang kehilangan tempat tinggal di kem Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza, sumber perubatan memberitahu Xinhua pada pagi Khamis.

Menurut sumber, sebuah jet pejuang Israel mengebom sekurang-kurangnya tiga bilik darjah dengan beberapa peluru berpandu.

Dalam satu kenyataan, pejabat media kerajaan Gaza dikendalikan Hamas mengutuk serangan Israel ke atas sekolah itu sebagai “pembunuhan beramai-ramai yang dahsyat,” dengan mengatakan bahawa pelaksanaan berterusan serangan ini oleh tentera Israel “adalah bukti jelas jenayah genosid dilakukan terhadap orang awam”.

Pejabat itu berkata Israel dan Amerika Syarikat “harus memikul tanggungjawab penuh untuk jenayah ini yang membahayakan manusia dan melanggar undang-undang antarabangsa”.

XINHUA