BINTULU — Sekurang-kurangnya 350 penghuni dari 23 keluarga di rumah panjang Tuai Rumah Nora Bulin di Sungai Teban Labang, Jalan Bintulu-Bakun, dekat sini hilang tempat berteduh selepas premis terbabit terbakar petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dan BBP Samalaju bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan jam 3.32 petang.

“Sejurus sampai, pasukan bomba mendapati api marak memusnahkan keseluruhan struktur satu blok rumah panjang jenis tidak kekal itu.

“Pasukan bomba memadam kebakaran menggunakan dua aliran air sebelum api berjaya dikawal dalam masa hampir hampir dua jam,” katanya.

Kebakaran tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana semua penghuninya sempat menyelamatkan diri.

Setakat ini punca kebakaran serta anggaran kerugian dialami penghuni masih dalam siasatan.

BH ONLINE

LATEST POSTS