38 maut, 28 cedera selepas 2 bas berlanggar, terbakar di utara Tanzania

DAR ES SALAAM, 29 Jun – Sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh dan 28 yang lain cedera pada petang Sabtu apabila dua bas berlanggar secara berdepan dan terbakar di daerah Moshi di wilayah utara Kilimanjaro, Tanzania.

Pesuruhjaya wilayah Kilimanjaro, Nurdin Babu, memberitahu Xinhua dalam temu bual telefon pada Ahad bahawa mangsa termasuk ahli keluarga yang sama yang dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan di perbandaran Moshi.

Babu berkata, nahas itu berlaku sekitar jam 5 petang waktu tempatan (1400 GMT) selepas tayar hadapan pada salah satu bas pecah, mencetuskan kebakaran yang menyambar kedua-dua kenderaan, menyebabkan kematian dalam kedua-dua bas.

Babu menambah, 22 daripada 28 penumpang yang cedera telah dirawat dan dibenarkan keluar dari hospital, manakala enam masih dalam rawatan perubatan.

XINHUA