MANILA — Empat orang maut dan tiga lagi cedera selepas sebuah lori 16 roda merempuh motosikal di wilayah ibu negara Filipina pada awal Ahad, kata pihak berkuasa tempatan.

Pihak Berkuasa Pembangunan Metropolitan Manila berkata, kemalangan itu berlaku pada 4:39 pagi waktu tempatan di Bandar Pasig, Metro Manila. Antara yang maut ialah seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dan ibu bapanya menaiki motosikal, manakala seorang lagi pemandu motosikal lain.

Polis berkata, tiga orang lagi cedera, dua daripadanya mengalami patah tulang di lengan dan rusuk.

Pemandu lori yang sarat dengan 1,000 guni beras memberitahu polis, dia kehilangan brek, dan lori itu merempuh motosikal di hadapan.

Polis menahan pemandu lori terbabit.

XINHUA