DAR ES SALAAM – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan empat lagi cedera pada malam Sabtu selepas bas mini mereka dirempuh sebuah trak di Daerah Muheza Wilayah Tanga di utara Tanzania, kata polis pada Ahad.
Maketi Msangi, pemangku komander polis wilayah Tanga, berkata kemalangan itu berlaku pada Sabtu jam 9 malam waktu tempatan apabila trak itu melanggar bas mini di kampung Tanganyika di lebuh raya Dar es Salaam-Arusha.
Msangi berkata, tragedi itu berlaku ketika bas mini itu sedang dibaiki selepas mengalami beberapa kerosakan teknikal.
Menurutnya, pemandu trak itu hilang selepas kemalangan itu, dan polis sedang memburunya.
XINHUA