JAKARTA — Empat maut apabila sebuah bas persiaran merempuh beberapa kenderaan lain di Bandar Batu, Jawa Timur, Indonesia, petang Rabu.
“Kemalangan berlaku kira-kira jam 7.15 malam, apabila bas berkenaan hilang kawalan akibat brek gagal, memecut laju di Jalan Imam Bonjol, melepasi persimpangan Batos, dan berhenti selepas melanggar kenderaan dan pejalan kaki,” kata Andi Yudha Pranata, ketua Polis Batu.
Bas yang membawa 43 pelajar sekolah menengah dan guru dari Bali itu dalam perjalanan pulang selepas lawatan industri ke Jawa Tengah dan Jawa Timur.
Semua mangsa telah dipindahkan ke dua hospital berdekatan.
XINHUA