LA PAZ – Hujan lebat dan banjir di Bolivia menyebabkan 40 orang terkorban dan tujuh lagi hilang sejak musim hujan tahunan bermula pada November, kata pihak berkuasa pada Isnin.

Timbalan Menteri Pertahanan Awam, Juan Carlos Calvimontes, memberi amaran jumlah kematian mungkin meningkat selepas tanah runtuh di bandar La Paz merosakkan atau memusnahkan 80 rumah awal Isnin.

Pihak berkuasa mengarahkan pemindahan sepenuhnya kawasan yang dilanda bagi mengelak kehilangan nyawa dan menggesa orang ramai supaya keluar dari kawasan larangan yang berisiko lebih banyak tanah runtuh.

Sehingga Ahad, 163,193 keluarga kehilangan tempat tinggal, dengan kebanyakan rumah yang rosak terletak di jabatan La Paz, menurut laporan pertahanan awam terkini.

Sejak November, hujan lebat melanda 105 majlis perbandaran, di mana 37 daripadanya telah diisytiharkan sebagai keadaan bencana.

XINHUA


Facebook Posts

3 days ago

Berita Free

(Hot Dealz)Tudung Bawal Sulam Cotton SOPHIA Embroidery Premium Plain Scarf // Tudung Hijab Veil Sulam Klasik Ready Stocks.shopee.com.my/30ZsFUkZWf

See MoreSee Less

View on Facebook