KATHMANDU – Sebuah kenderaan utiliti sukan terbabas dari lebuh raya di timur Nepal pada petang Jumaat, menyebabkan lima maut dan tiga lagi cedera.

Kenderaan membawa lapan orang itu jatuh kira-kira 300 meter ke bawah tebing di daerah Ramechhap wilayah Bagmati, kata Pradip Kumar Singh, ketua polis daerah.

Seorang pengerusi wad Perbandaran Luar Bandar Gokulganga di daerah itu adalah antara yang maut dan seorang daripada yang cedera dalam keadaan serius, Singh memberitahu Xinhua.

Kemalangan jalan raya adalah perkara biasa di pergunungan Nepal, membunuh ratusan nyawa setiap tahun.

XINHUA