NEW DELHI – Sekurang-kurangnya lima orang maut dan kira-kira 15 cedera apabila papak yang sedang dalam pembinaan di sebuah kilang simen runtuh di negeri tengah Madhya Pradesh, India pada Khamis, seorang pegawai polis tempatan mengesahkan.

Kemalangan itu berlaku di pekan Amaanganj di kawasan Panna negeri itu, tambahnya.

Semua mangsa merupakan buruh yang bekerja di tapak pembinaan. Mereka yang cedera dikejarkan ke hospital tempatan.

Kerja-kerja menyelamat diteruskan di tempat kejadian untuk membawa keluar mereka yang masih tertimbus di bawah serpihan, tambah pegawai itu.

XINHUA