MANILA – Enam orang cedera apabila bahagian jambatan baharu di wilayah Isabela di utara Filipina runtuh, kata pihak berkuasa pada Sabtu.
Pejabat pengurusan dan pengurangan risiko bencana wilayah berkata, jambatan itu runtuh pagi Khamis selepas sebuah lori sampah membawa batu-batu besar melintasinya.
Pembinaan jambatan itu bermula pada 2014 dan telah siap dan dibuka untuk lalu lintas pada 1 Februari tahun ini.
Pemandu lori itu melarikan diri selepas kejadian itu, tetapi polis berkata dia menyerah diri pada pagi Jumaat dan kini dalam tahanan polis.
XINHUA