60 terbunuh dalam serangan udara Israel di timur Lubnan

BEIRUT — Sekurang-kurangnya 60 orang, termasuk dua kanak-kanak, terbunuh dan 58 lagi cedera berikutan serangan udara Israel di timur Lembah Bekaa, kata Kementerian Kesihatan Lubnan, Isnin.

Kementerian itu berkata 12 kawasan di Lembah itu dilanda, kebanyakannya di wilayah Baalbek, dan jumlah korban adalah awal kerana usaha menyelamat masih dijalankan.

Gabenor Baalbek Bachir Khodr mengecam apa yang disebutnya sebagai serbuan “paling ganas” ke atas kawasan itu sejak bermulanya konflik antara Lubnan dan Israel.

Sejak 23 September, Israel telah meningkatkan serangan udara ke atas Lubnan, kebanyakannya menyasarkan Hizbullah, dan baru-baru ini melancarkan operasi darat merentasi sempadan utaranya.

XINHUA

JERUK MANGGA PAPA LARIS 2.0 (Beli 4 Pack Percuma 1 Tudung – Stock Terhad)
MINYAK WANGI WANITA EDP (PALING LARIS 2025)
KACANG GAJUS GORENG cashew nut gajus goreng 1kg nuts gajus ekonomi
16/20/24 Inch Abs Hardshell Lightweight Carry On Suitcase Luggage GY beg bagasi