BEIRUT — Enam puluh lapan militan pro-Iran terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas bandar Palmyra di Syria, kata pemantau perang Syrian Observatory for Human Rights berpangkalan di Britain pada Khamis.

Mereka yang terbunuh dalam serangan Rabu membabitkan 42 pejuang dari kumpulan Syria pro-Iran, 26 pejuang asing, kebanyakannya daripada pergerakan Iraq Al-Nujaba, dan empat dari kumpulan bersenjata Hizbullah Lubnan, kata pemantau itu.

AN-AFP