BANGKOK — Mayat dipercayai enam warga asing ditemui di sebuah hotel di pusat bandar Bangkok pada Selasa, lapor media tempatan.
Punca kematian tidak dapat dipastikan walaupun laporan awal bahawa mereka terbunuh berikutan tembakan.
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin mengarahkan siasatan ke atas insiden itu bagi mengelakkan sebarang kesan kepada orang ramai.
Xinhua