ANKARA — Sekurang-kurangnya empat orang maut dan tiga lagi cedera pada Rabu dalam kemalangan jalan raya babit dua kereta dan sebuah traktor di wilayah Osmaniye di selatan Türkiye, lapor penyiar TRT milik kerajaan.

Tiga mangsa maut di tempat kejadian, manakala yang cedera dibawa ke hospital berdekatan, dengan seorang kemudian meninggal dunia akibat kecederaan walaupun usaha perubatan dilakukan, kata laporan itu.

Rakaman dari TRT menunjukkan kenderaan itu berubah menjadi logam berpintal selepas kemalangan teruk itu.

Siasatan ke atas kemalangan itu telah dilancarkan, tambah laporan itu.

XINHUA