Abang maut, kereta dipandu adik bertembung treler

KLUANG — Seorang lelaki maut, manakala adik perempuannya parah selepas Nissan Almera dinaiki mereka bertembung treler di Kilometer 76, Jalan Johor Bahru – Air Hitam, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata mangsa Loo Wen Hao, 22, yang juga penumpang hadapan, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di muka dan badan.

Katanya, pemandu, Loo Wen Hui, 21, parah di muka dan patah kaki kiri, kini dalam rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang (HEBHK).

“Hasil siasatan awal mendapati treler dari arah Machap, menghala ke Simpang Renggam manakala Nissan Almera dari arah bertentangan. Ketika di lokasi kejadian, kereta dinaiki dua beradik itu hilang kawalan dan memasuki laluan bersebelahan sebelum bertembung treler berkenaan.

“Akibat pelanggaran itu, penumpang hadapan Nissan Almera mati di lokasi nahas. Pemandu treler berusia 32 tahun ditahan dan ujian saringan air kencing di Bahagian Narkotik IPD Kluang mendapati beliau negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, rakaman video dipercayai dari papan pemuka treler berkenaan tular di media sosial yang memaparkan detik kemalangan dan mendapat reaksi pelbagai netizen.

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear