ISTANBUL – Umat Islam di kebanyakan negara Arab akan menyambut Aidilfitri, yang menandakan berakhirnya bulan puasa Ramadan, pada Ahad, manakala yang lain akan menyambut perayaan itu pada Isnin.
Pihak berkuasa agama di Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, dan Bahrain berkata anak bulan baharu Syawal (bulan ke-10 dalam kalendar Islam) dilihat pada Sabtu dan Hari Raya Aidilfitri akan disambut pada Ahad.
Pihak berkuasa di Palestin, Sudan, dan Yaman membuat pengumuman serupa. Mufti Besar Lubnan Sheikh Abd al-Latif Drian berkata bahawa umat Islam Sunni di negara itu juga akan menyambut perayaan itu pada Ahad.
Hari Raya Aidilfitri, bagaimanapun, akan disambut pada Isnin di Oman, Mesir, dan Syria kerana anak bulan tidak dapat dilihat. Umat Islam Sunni dan Syiah Iraq juga akan menyambut perayaan itu pada Isnin.
ANADOLU, 29.3.2025