Aminuddin ditemukan selamat pagi tadi

KUALA LUMPUR — Budak lelaki yang dilaporkan hilang ketika berada di kawasan tempat kerja ibunya di Jalan Raja Laut, semalam ditemukan selamat awal pagi tadi.

Menurut Ibrahim Syed Mohammed Mossadeg, 40, anaknya Mohamad Aminuddin, 11, ditemukan oleh pihak polis jam 1 pagi tadi.

“Alhamdulillah, Aminuddin ditemukan dalam keadaan selamat di kawasan stesen transit aliran ringan (LRT) PWTC oleh pihak polis.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari Aminuddin sebaik dia dilaporkan hilang, semalam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan kanak-kanak berkenaan dilaporkan hilang selepas menukar pakaian di tempat kerja ibunya bagi menghadiri kelas fardu Ain, 1.30 tengah hari semalam.

Menurut bapanya, memang sudah rutin harian Aminuddin untuk menukar pakaian di tempat kerja ibunya sebelum ke kelas fardu ain memandangkan sekolahnya berhampiran dengan tempat kerja isteri.

“Selepas menukar baju, Aminuddin meninggalkan beg di pondok pengawal sebelum pengawal keselamatan bertugas memaklumkan perkara itu kepada isteri,” katanya.

Ibrahim berkata, isteri yang bergegas ke pondok pengawal mendapati Aminuddin sudah tiada di kawasan berhampiran dan memaklumkan perkara itu kepadanya.

“Saya terus bergegas mencarinya di kawasan sekitar, namun tiada kelibatnya. Malah, saya juga bertanyakan kepada rakannya tetapi tiada yang tahu keberadaan Aminuddin.

“Selepas usaha mencarinya gagal, saya terus membuat laporan berhubung kehilangan anak sulung daripada tiga beradik itu di Balai Polis Dang Wangi,” katanya.

Beliau yang juga pesara tentera berkata, kali terakhir Aminuddin dilihat memakai baju T berkolar warna merah serta seluar hitam sebelum menghilangkan diri.

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear