Sekurang-kurangnya 20,000 orang telah terbunuh di Semenanjung Gaza sejak perang dengan Israel bermula, kata pejabat media kerajaan Hamas di Gaza pada Rabu.
Kira-kira 8,000 kanak-kanak dan 6,200 wanita adalah antara yang maut, katanya, ketika konflik terus berlanjutan lebih dua bulan selepas tercetus pada 7 Oktober.
Sekurang-kurangnya 52,600 cedera dan 6,700 hilang, tambah pejabat itu.
The National