SAO PAULO – Angka kematian meningkat kepada 12 orang akibat runtuhan jambatan di utara Brazil pada 22 Dis selepas dua lagi mayat ditemui dari Sungai Tocantins, kata Tentera Laut Brazil pada Rabu.

Lima orang masih hilang sejak kemalangan itu berlaku di Jambatan Juscelino Kubitschek de Oliveira di lebuh raya menghubungkan Tocantins dan Maranhao.

Penyelam taktikal tentera laut terus mencari mangsa, dengan bantuan polis dan bomba, menurut satu kenyataan rasmi dari agensi berita milik kerajaan Agencia Brasil.

Sekurang-kurangnya 10 kenderaan, termasuk tiga trak membawa 25,000 liter racun perosak dan 76 tan asid sulfurik, terjunam ke dalam sungai apabila jambatan itu runtuh.

Agensi Air Kebangsaan berkata ujian sampel air mereka menunjukkan tiada bahan kimia tertumpah ke dalam air.

XINHUA