GEORGETOWN — Seorang wanita dan bapanya maut ditikam seorang lelaki dalam kejadian di hadapan lif sebuah pangsapuri di Lengkok Angsana, Ayer Itam, di sini, tengah hari tadi.
Insiden kira-kira jam 1.15 tengah hari itu dipercayai berpunca angkara mangsa wanita berusia 30 tahun menolak cinta suspek lelaki berusia 32 tahun.
Difahamkan ketika kejadian, mangsa baru pulang dari tempat kerjanya sebelum didatangi suspek bersenjatakan pisau dan menikam mangsa.
Bapa mangsa berusia 62 tahun yang menyedari kejadian berkenaan cuba meleraikan tindakan suspek terhadap anak perempuannya namun dia juga turut ditikam.
Dua beranak itu maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah dialami mereka.
Suspek kemudian bertindak mengelar dan menikam dirinya beberapa kali sebelum dia dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad dijangka mengeluarkan kenyataan media berhubung kes terbabit sebentar nanti.
BH ONLINE