‘Ayah minta maaf, ayah bersalah’

MUAR — “Ayah minta maaf, ayah bersalah,” itulah kedengaran ketika warga emas berpelukan dengan anak lelakinya selepas dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dengan empat sebatan atas kesalahan merogol anak angkatnya sejak tiga tahun lalu.

Tertuduh berusia 63 tahun sebelum itu mengaku bersalah ketika dihadapkan Mahkamah Sesyen hari ini sebaik pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Sayani Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga pemandu lori, didakwa merogol anak angkatnya berusia 13 tahun di rumahnya di Batu Pahat, jam 12 tengah malam, 19 Julai lalu.

Bapa kepada lima anak hasil dua perkahwinan itu, didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Berdasarkan fakta kes, satu laporan polis dibuat mangsa pada jam 2.50 petang, 25 Julai lalu mengatakan dia dirogol bapa angkat iaitu tertuduh sejak 2021.

Dalam laporan itu, mangsa memberitahu kejadian itu berlaku ketika dia sedang baring dalam bilik sebelum didatangi tertuduh.

Tertuduh memaksa mangsa menuruti kehendaknya sebelum melakukan perbuatan terkutuk. Bertindak atas laporan, polis menjalankan siasatan kemudiannya menahan tertuduh pada 26 Julai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah agar mempertimbangkan hukuman sewajarnya dengan mengambil kira kesalahan serius dilakukan oleh tertuduh.

“Dalam kes ini, ia melibatkan hubungan bapa dengan anak angkat dengan tertuduh sepatutnya membimbing dan melindunginya bukan mengambil kesempatan,” katanya.

Selepas mendengar rayuan dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bermula dari tarikh ditahan serta empat sebatan.

Selain itu, mahkamah juga memerintahkan tertuduh menjalani pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai hukuman penjara.

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear