NEW DELHI – Polis menggunakan meriam air dan rotan untuk menyuraikan ratusan pelajar di negeri Bihar di timur India pada Ahad.

Pelajar yang menuntut pembatalan peperiksaan dijalankan awal bulan ini untuk kerja kerajaan mendakwa bahawa kertas soalan peperiksaan itu “bocor.” Bantahan itu berlaku sejak beberapa hari lalu.

Beberapa pelajar cedera dalam pertempuran dengan polis, dan dimasukkan ke hospital tempatan.

Bantahan semakin memuncak di ibu kota negeri Bihar, Patna pada siang hari, mendorong polis menggunakan kekerasan.

XINHUA