Budak perempuan 8 tahun maut didera guna tali pinggang, penyangkut baju

GOMBAK — Sepasang suami isteri ditahan kerana disyaki mendera anak perempuan mereka berusia lapan tahun sehingga meninggal dunia di sebuah apartmen di Bandar Tasik Puteri, Rawang dekat sini, semalam.

Kedua-dua suspek, masing-masing berusia 29 dan 28 tahun, bekerja sebagai pengawal keselamatan dan pembuat ais krim itu ditahan di Pangsapuri Sandalwood Court, Bandar Tasik Puteri, Rawang pada jam 9 malam tadi.

Terdahulu, mangsa disahkan meninggal dunia di kediamannya oleh sepasukan anggota perubatan Hospital Sungai Buloh (HSB) yang hadir ke lokasi.

Berikutan itu, pihak polis daerah Gombak menerima laporan mengenai kematian mangsa pada jam 3.27 petang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata siasatan mendapati suspek lelaki adalah bapa tiri kepada mangsa manakala suspek wanita adalah ibu kandung mangsa.

Menurutnya, pemeriksaan awal menemui pelbagai kecederaan pada tubuh mangsa termasuk lebam pada muka, bibir, dagu, paha, lutut dan badan dipercayai dicederakan menggunakan kaki dan tangan.

“Selain menggunakan kaki dan tangan, mangsa juga dipercayai dicederakan dengan menggunakan tali pinggang, penyangkut baju serta senjata tumpul.

“Siasatan mendapati mangsa bersekolah dalam Tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Putri 2, namun sudah tidak hadir ke sekolah sejak Jun lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Ariffin berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HSB untuk proses bedah siasat.

“Kedua-dua suspek kini direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 24 Ogos ini untuk siasatan lanjut dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

“Kita minta jasa baik orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk tampil membantu siasatan polis,” katanya.

Katanya, maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohd Hamizan Mohamad Yunus di talian 013-8348384 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03- 61262222.

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear