KUALA LUMPUR – Skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pekerja bukan warganegara akan mula dilaksana suku keempat tahun ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata pelaksanaan skim caruman itu akan menambah dana pelaburan kepada KWSP sekaligus memberi pulangan baik kepada ekonomi negara.

Beliau berkata, caruman ini akan dilaksana dengan pendekatan lunak, dengan menetapkan kadar caruman dua peratus bagi majikan dan pekerja, lebih rendah berbanding caruman pekerja tempatan.

“KWSP sedang melaksana pendaftaran secara integrasi dengan pangkalan data agensi kerajaan khususnya Jabatan Imigresen Malaysia bagi proses pengesahan identiti dan pendaftaran pekerja bukan warganegara secara automatik.

“Serta pihak bank bagi mengesahkan maklumat akaun bank pekerja bukan warganegara yang tepat. KWSP juga akan meluaskan saluran pendaftaran secara atas talian menerusi i-akaun majikan,” katanya menggulung Rang Undang-Undang(RUU) KWSP (Pindaan) 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

RUU itu diluluskan sebulat suara oleh Ahli-ahli Parlimen selepas dibahaskan lapan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, kerajaan akan menetapkan kadar caruman KWSP sebanyak dua peratus kepada pekerja asing berbanding 12 peratus yang dicadangkan sebelum ini.

Anwar berkata, kadar itu tidak akan membebankan majikan dan dikekalkan sehingga situasi lebih baik.

Dalam Belanjawan 2025, kerajaan bercadang mewajibkan semua pekerja bukan warga negara untuk mencarum KWSP dan cadangan itu akan dilaksanakan secara berfasa.

BH ONLINE


Facebook Posts

4 days ago

Berita Free

(Hot Dealz)Tudung Bawal Sulam Cotton SOPHIA Embroidery Premium Plain Scarf // Tudung Hijab Veil Sulam Klasik Ready Stocks.shopee.com.my/30ZsFUkZWf

See MoreSee Less

View on Facebook