TAWAU – Seorang lelaki didakwa tergamak mencekik anak serta membuat ugutan jenayah terhadap isterinya kerana berang selepas wanita itu membuat permohonan bercerai melalui tuntutan fasakh, dalam kejadian di Taman Semarak, di sini.

Bagaimanapun, suspek lelaki warga asing berumur 40 tahun itu berjaya diberkas kira-kira jam 3.40 petang kelmarin susulan laporan polis dibuat mangsa.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata mangsa wanita tempatan berumur 39 tahun dalam laporannya mendakwa sering diganggu suspek selepas dia memfailkan permohonan cerai menerusi tuntutan fasakh pada penghujung Disember lalu.

“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 dan 326A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Sementara itu dalam kes berasingan, polis menahan seorang lelaki didakwa mengamuk dan membuat ugutan jenayah terhadap seorang wanita dengan menggunakan sebilah parang di Kampung Saddani, Batu 2 Jalan Apas, Rabu lalu.

Jasmin berkata, suspek yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah, ditangkap kira-kira jam 3.40 petang hari sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya.

BH ONLINE


Facebook Posts

3 days ago

Berita Free

(Hot Dealz)Tudung Bawal Sulam Cotton SOPHIA Embroidery Premium Plain Scarf // Tudung Hijab Veil Sulam Klasik Ready Stocks.shopee.com.my/30ZsFUkZWf

See MoreSee Less

View on Facebook