BANDARAYA MEXICO — Ahli sains iklim Mexico dan bekas datuk bandar Mexico City Claudia Sheinbaum meraikan kemenangannya dalam pilihan raya presiden pada Ahad sebagai calon gabungan Let’s Keep Making History.
Sheinbaum menyampaikan ucapan penerimaan pada awal pagi Isnin selepas Institut Pilihan Raya Kebangsaan mengeluarkan keputusan pengiraan pantasnya. Keputusan awal menunjukkan beliau menang dengan undi antara 58.3 peratus dan 60.7 peratus.
XINHUA