Curi 2 helai baju, penunggang p-hailing dipenjara 7 hari

KUALA TERENGGANU — Mahkamah Majistret hari ini menjatuhi hukuman penjara tujuh hari kepada seorang penunggang p-hailing kerana mencuri dua helai baju bernilai RM198 di sebuah pusat beli-belah di daerah ini.

Keputusan itu dibuat Majistret Noor Mazrinie Mahmood selepas tertuduh, Aimi Shairah Ismail, 37, mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan curi dalam bangunan iaitu dua helai baju berjumlah RM198 milik sebuah kedai.

Tertuduh mengaku kesalahan itu di sebuah pusat membeli-belah di daerah ini, jam 12.30 tengah hari pada 8 Ogos lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menjatuhkan hukuman berkenaan dan mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama tujuh hari bermula tarikh tangkapan iaitu 8 Ogos lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

BH ONLINE

JERUK MANGGA PAPA LARIS 2.0 (Beli 4 Pack Percuma 1 Tudung – Stock Terhad)
MINYAK WANGI WANITA EDP (PALING LARIS 2025)
KACANG GAJUS GORENG cashew nut gajus goreng 1kg nuts gajus ekonomi
16/20/24 Inch Abs Hardshell Lightweight Carry On Suitcase Luggage GY beg bagasi