Dua beranak maut dalam kemalangan, elak kera melintas

BALING — Dua beranak maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam dalam kemalangan dipercayai cuba mengelak kera di Simpang Tiga Kuala Bakong, Jalan Malau- Kuala Ketil, semalam.

Dalam kejadian jam 6.12 petang itu, mangsa Siti Norhasliza Kamarudin, 26, yang beralamat di Kampung Haji Ngah, Bedong, dan ibunya, Omi Kalsom Man, 69, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Charan Ai Wan, berkata siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila kereta yang dipandu suami mangsa, Mohd Fadzil Othman, 27, datang dari arah Sungai Sedim, Kulim menghala ke Bedong, Sungai Petani untuk pulang ke rumah.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, seekor kera melintas jalan menyebabkan Mohd Fadzil cuba mengelak.

“Bagaimanapun kenderaan itu dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan terbabas dalam kawasan semak.

“Akibat daripada kemalangan itu, kedua-dua mangsa dipercayai tercampak keluar daripada kenderaan dan cedera parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Charan berkata, dua anak mangsa iaitu, Lufiya Mikayla Mohd Fadzil, 2 dan Lufh Mikhael, 3, serta Mohd Fadzil dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan lanjut.

“Mayat dua beranak itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear