Dua beranak maut kereta langgar tembok jambatan

SEREMBAN — Perjalanan pulang empat beranak berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka maut selepas kereta Perodua Axia yang dinaiki merempuh tembok jambatan di Kilometer 21 Jalan Kuala Pilah-Tampin.

Mangsa yang terkorban dalam kejadian jam 3.45 petang semalam itu ialah lelaki berusia 64 tahun dan anak lelaki berusia 31 tahun, manakala isteri lelaki berkenaan berusia 62 tahun dan anak perempuan mereka usia 28 tahun hanya cedera.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Gani, berkata berdasarkan siasatan awal, nahas ketika mereka dalam perjalanan pulang dari Lendu Melaka.

Katanya, pasangan itu bersama dua anak mereka sebelum itu menghantar anak yang lain ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Lendu dan sedang menghala ke Johol ketika kemalangan berkenaan.

“Sebaik tiba di lokasi, kereta dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar tembok jambatan berdekatan Masjid Jamek Pekan Johol,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, pemandu dan penumpang belakang disahkan meninggal dunia, manakala dua yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.

Kes disiasat mengikut Seksyen (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear