Dua maut nahas dua kenderaan

KUANTAN – Dua terbunuh, manakala dua lagi cedera selepas lori merempuh sebuah kereta di Kampung Batu 12, Jalan Kuantan-Maran, dekat sini, hari ini.

Mangsa yang maut dikenali Nurihan Mustapa, 57, berasal dari Kampung Belimbing, dekat sini yang juga penumpang kereta dan pemandu lori dikenali M Jayavarman, 24, berasal dari Simpang Renggam, Johor.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata berdasarkan laporan, kemalangan berlaku ketika kereta dinaiki tiga sekeluarga dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Maran kira-kira jam 3.30 petang.

Menurutnya, kereta terbabit dirempuh sebuah lori dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Maran.

“Kemalangan berlaku setelah lori terbabit hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan lalu merempuh kereta dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan itu, penumpang belakang kereta terbabit meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang depan cedera,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata, pemandu lori meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HTAA untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan maut,” katanya.

BH ONLINE

JERUK MANGGA PAPA LARIS 2.0 (Beli 4 Pack Percuma 1 Tudung – Stock Terhad)
MINYAK WANGI WANITA EDP (PALING LARIS 2025)
KACANG GAJUS GORENG cashew nut gajus goreng 1kg nuts gajus ekonomi
16/20/24 Inch Abs Hardshell Lightweight Carry On Suitcase Luggage GY beg bagasi