‘Ebit Lew perdaya saya secara halus untuk ikut kemahuannya’ – Saksi

TENOM — Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew ada bercerita kepadanya mengenai kemahuan seksualnya yang tidak dapat dipenuhi oleh isteri.

Wanita berusia 40-an itu selaku saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu kes itu berkata perkara itu diceritakan Ebit Lew kepadanya dalam satu panggilan video berdurasi 44 minit sembilan saat pada 20 Mei 2021.

Dia juga menafikan ada berkongsi sesuatu yang intim mengenai dirinya kepada Ebit Lew sepanjang tempoh panggilan video itu dan tidak membuat apa-apa rakaman.

Pengadu juga bersetuju dengan soalan peguam Ebit Lew, Datuk Ram Singh semasa pemeriksaan balas bahawa saksi secara sukarela mengambil bahagian dalam panggilan video tersebut.

Pengadu berkata dia berasakan Ebit Lew telah merosakkan dirinya dengan memperdayakannya secara halus sehingga terikut-ikut dengan kemahuan tertuduh.

Wanita itu juga menafikan mahu melakukan hubungan intim dengan tertuduh.

Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Pendakwah itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani disambung esok.

BH ONLINE–BERNAMA

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear