BRATISLAVA — Enam maut manakala lima lagi cedera pada Khamis apabila kereta api penumpang dan bas bertembung di persimpangan kereta api di selatan Slovakia, kata penyelamat.
Nahas berlaku sejurus selepas jam 5.00 petang (1500 GMT) dekat bandar barat daya Nove Zamky, lapor agensi berita CTK.
Jurucakap kereta api Vladimira Bahylova memberitahu AFP bahawa kereta api Eurocity itu dari Prague ke Budapest.
AN memetik AFP, 27 Jun 2024