PUTRAJAYA — Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus kepada kumpulan pelaksana, manakala tujuh peratus kepada pengurusan tertinggi.
Perdana Menteri berkata, pelarasan itu akan dilaksanakan secara bertahap dengan fasa pertama bermula 1 Disember ini.
“Fasa seterusnya akan bermula 1 Januari 2026 dan kita melaksanakannya secara berfasa kerana kekangan dan mahu mengelakkan inflasi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19 di sini, hari ini.
BH ONLINE