SAN SALVADOR – Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan El Salvador pada Ahad tanpa kemalangan jiwa dilaporkan walaupun gegaran itu turut dirasai di Guatemala, Honduras dan Nicaragua, pihak berkuasa Salvador mengesahkan.

Menurut Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli El Salvador, gempa bumi melanda pada 11:08 waktu tempatan (1708 GMT) dengan pusat gempa terletak di luar pantai La Paz, barat daya Playa Costa del Sol, dan pada kedalaman 33 km.

El Salvador ialah sebuah negara Amerika Tengah dengan aktiviti seismik yang tinggi kerana lokasinya di sepanjang Lingkaran Api Pasifik.

XINHUA