Guru agama dituduh rogol, amang seksual pelajar OKU

JOHOR BAHRU — Seorang guru agama didakwa atas tujuh pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di Mahkamah Sesyen, di sini, antara Disember 2023 sehingga Ogos lalu.

Tertuduh, Mohd Zulkurnain Mohd Zain, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Mohd Zulkurnain didakwa atas dua pertuduhan merogol selain lima pertuduhan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang kini berusia 15 tahun.

Kesemua kesalahan itu dilakukan tertuduh antara jam 3.30 hingga 4.30 petang antara Disember tahun lalu dan tiga bulan lalu, di dalam stor sebuah sekolah pendidikan khas, di sini.

Bagi kesalahan merogol tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Dia turut didakwa mengikut Seksyen 14(b) dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Wahida Shahudin manakala tertuduh diwakili Iskandar Shah Ibrahim.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya memohon mahkamah supaya mengenakan jaminan berjumlah RM60,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua tujuh pertuduhan selain syarat perlu melapor diri di Balai Polis berhampiran sebulan sekali serta pasport antarabangsa diserahkan pada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan yang dicadang kepada RM30,000.

“Tertuduh seorang penjawat awam yang bergaji kasar RM3,000 sebulan manakala isterinya pula hanya mendapat RM1,800 sebulan, malah dia juga menderita penyakit apendiks,” kata peguam tertuduh.

Hakim kemudian memerintahkan tertuduh dijamin RM35,000 dengan seorang penjamin selain syarat perlu melapor diri di Balai Polis berhampiran sebulan sekali serta pasport antarabangsa diserahkan pada mahkamah.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Disember depan bagi penyerahan dokumen.

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear