Guru besar antara dua wanita cedera ditikam lelaki bersenjatakan pisau rambo di sekolah agama

PETALING JAYA — Dua wanita termasuk guru besar sekolah agama dekat Kelana Jaya, cedera selepas ditikam seorang lelaki bersenjatakan pisau rambo.

Kejadian berlaku sekitar jam 1.45 tengah hari tadi di Sekolah Agama Insaniah, Jalan SS5A/10, Kelana Jaya, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar, berkata pada masa ini siasatan lanjut sedang dijalankan di lokasi kejadian.

“Pada masa ini siasatan sedang dijalankan.

“Setakat ini saya dapat mengesahkan bahawa mangsa adalah dua wanita dan untuk makluman tempat kejadian adalah di tandas wanita yang mana menghubungkan sekolah agama dan surau penduduk kawasan berhampiran,” katanya kepada BH sebentar tadi.

Sementara itu, berdasarkan maklumat diterima dua mangsa terbabit adalah membabitkan seorang guru besar dan jurujual telefon bimbit.

Difahamkan kedua-dua mangsa sudah dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.

Suspek seorang lelaki dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta.

BH ONLINE

OLEVS Jam Tangan Lelaki Original Waterproof Quartz Stainless Steel Luminous Chronograph Luxury Watch Men Gift 2892
OLEVS Jam Tangan Perempuan Original Waterproof Stainless Steel Luminous Fashion Ladies Watch Women Valentine Gift 9931
(2 Years Warranty) Casio LTP-V007L Series Women’s Analog with Leather Band Watch
🔥Malaysia spot🚚🔥COD OOTD 👍High Quality 5 color Men’s Baju Polo Short Sleeve Shirt Plain Casual Golf Stretchable Cotton Men Slim Fit POLO T Shirt polo lelaki baju koler lelaki
Cotton Chanella 5.0
Jannah TRO Korean Sling Travel Bag Tote Shoulder Handbag Beg Tangan Wanita Kenduri 11G3
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] ZZ HOT SALE RACE COURSE HILL LOGO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON
🔥PROMOSI HEBAT🔥 [SULAM] GREAT DESIGN WILD CAT LOGO POLO EMBROIDERY BAJU LELAKI PEREMPUAN POLO TEE!! 100% COTTON21
🔥100% PREMIUM COTTON🔥 CALIFORNIA SURFING Cotton Tshirt T Shirt Streetwear Men Women Unisex Baju Lelaki Wanita Perempuan
【READY STOCK】Fashion backpack student school bag beg galas Korean version girl backpack large capacity backpack leisure travel backpack beg sekolah school backpack bag
Women Sport Bra Breathable Hollow Out Padded Plus Size S-3XL push up S6
Beautiful back sling bra women’s no steel ring sports students gather one-piece underwear women’s underwear